Isnin, 2 Jun 2008

IBU

Ibu.....
Gigih berusaha
Sabar mendidik
Tabah hadapi cabaran
Tabah hadapi dugaan

Ibu...
Enam puluh lima tahun usiamu
Tetap tabah
Tetap sabar

Tujuh putera puteri
menyinari hidupmu
lindungi hari tua mu
ceriakan hati mu

Kini...
hidupmu tenang
hidupmu bahagia
hidupmu ceria
moga...
kekal hingga akhir hayat....
Insya Allah.....
Doaku, doa kami, putera-puterimu....

KAU DIHATIKU

Kau dihatiku
sentiasa disampingku
sentiasa membantuku
sentiasa bersamaku

PUTERA PUTERIKU

Puteri-puteriku
ibarat tangan-tanganku
yang memahami
yang banyak membantu

Puteri-puteriku
sentiasa berkorban
sentiasa dibelakangku
sentiasa menyokongku
mengapai cita-cita

Puteraku
yang seorang
amat memahami
yang banyak membantu
mengapai cita-citaku

PULAU SIPADAN

Laut biru
nyaman biru
tenang nyaman
sejuk mendayu

Laut biru
indahnya anugerah ilahi

Laut biru
putih pasir melaut
indahnya anugerahmu

Laut biru
Pulau Sipadan

KAU DIHATIKU

Kau dihatiku
setia disampingku
tidak jemu melayan kerenahku
setia disisiku

Kau dihatiku
ringan membantuku
ibarat tangan kananku
setia disisiku

Kau dihatiku
teman senangku
teman susahku
setia disisiku