Isnin, 5 Julai 2010

Umrah Ziarah Istanbul-Madinah-Mekah 2010

Hotel Hamidiye, Istanbul.
Sewaktu Melawat Masjid Biru, Muzium, Topkopi Palace di Istanbul.

Masjid Zaman Uthmaniah, Istanbul.


Alhamdullah, selamat pergi dan kembali............walaupun cuaca di Madinah dan Mekah agak panas (52 darjah) tp kami semua sihat walafiat sewaktu disana. Ziarah Istanbul, menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman tentang negara luar, walau pun sebuah negara yang 99 peratus rakyatnya beragama Islam, tp sayang cara hidup, cara pakaian dah mcm org barat. Masjid ada di mana2, nak sembahyang senang, bandar dan rakyatnya sgt bersih, peramah dan baik hati. Tp sayang nak berkomunikasi, susah. Dia xpandai cakap inggeris, kita pula xpandai ckap turki........apa nak buat, bahasa isyarat je la.



Khamis, 3 Jun 2010

So cute and sweet boy, sometimes funny......... He loves to kick the ball and of course ride a motor bike ( like most boys do..hahah). Oh my dear, sure nanny and tok ayah will miss u for 2 weeks........... Will off to Istanbul-Madinah-Mekah.............till 21st Jun.

Selasa, 1 Jun 2010

Umrah and Ziarah 2010

Umrah again..............Jun 7, will be leaving Malaysia for umrah. We will visit Istanbul for four days, then continue our journey to Madinah and Mekah to perform our umrah. My mom join us again but I felt very sad my abah refused to join us.
This is my first visit to Madinah by plane. Normally we went there by bus. It took us almost 7 hours in the bus from Jeddah to Madinah. Well hopefully I will a smooth journey.May god bless us. Insya allah.

Jumaat, 19 Mac 2010

Menjelang setengah abad...............

Omar Syarifuddin ( 1 tahun )

Dah lama tak update blog. Masa dan keadaan tak mengizinkan. Sekarang dah penghujung Mac 2010. Hampir 3 bulan di tahun 2010.........dan tak lama lagi tiba bulan Jun yg menjadi saya berusia 50 tahun, alhamdulillah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dipermudahkan segala-galanya. hidup bahagia dikelilingi suami, anak-anak, menantu dan juga seorang cucu lelaki yang telah berusia 1 tahun.

Ahad, 28 Jun 2009

More pictures Cairo - Madinah - Mekah

Dgn Ma berlatarblkg Masjid Nabawi, Madinah.

Dlm Masjidil Haram.

Depan Masjid Quba'- sbhyang di sini besar pahalanya & doa paling mustajab, insya allah.....


Berlatarblkgkan 3 pyramid



Bazar dekat Kaherah
Depan Istana di Iskandariah.

Cairo dgn hubby









Jumaat, 26 Jun 2009

Jauh perjalanan banyak pengalaman......

Di Iskandariah
Depan Pyramid


Umrah & ziarah Cairo dgn Ma.


Alhamdulillah, dgn izinnya dpt la kami tiga beranak mengunjungi Mesir dan seterusnya mengerjakan umrah. Walau pun cuaca panas (52 degree) berkat doa semua kami dpt mengerjakan umrah dgn sempurna. sentiasa sihat walafiat, alhamdulillah.


Isnin, 18 Mei 2009

Usatzah Siti Nur Bahiyah kata.........

PETUA 8P USTAZAH SITI NUR BAHIYAH:

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Jadi, amalkanlah dan jangan lupa berdoa semoga hidup kita sekeluarga dilindungi ALLAH. Amin.

Selasa, 5 Mei 2009

Omar 2 bulan



Omar gi alamanda......jalan2....sambil mak Omar melepaskan gian lama tak visit alamanda ( 2 bulan cuti......). Omar juga dah seminggu berhijrah ke Melaka. Kak yong dah transfer ke sana since 27 April. So, kita org la yg ulang alik ke sana nak visit Omar.......x pe la cucu punya pasal....

10 cara membina motivasi diri :

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positifBerfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupiRungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorangAnda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertasCurahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubahJangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baruSesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. BertegaslahBertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Sumber : myadha

Selasa, 14 April 2009

Kem Bestari Solat 2





Assalamualaikum semua.....


lama dah x update blog.....sibuk nga keja sekolah......mcm2 ada. cikgu now bukan ngaja saje tp wat keja lain jugak........


Saya nak share satu story......


semasa mengendalikan kem bestari solat baru2 ini, saya bertanya kpd seorang murid tentang solat, berapa kali solat sehari . Nak tau apa jawapannya? Katanye: tak tau....ayah tak solat...mak pun tak solat jugak! ......so, renung2kan la.............




Well, ari ni my cucu dah balik. He's grown bigger 5 kg plus and is almost 2 months old now. refused to be left alone.....wants someone to accompany him, be at his side and talk to him......dah pandai sekarang...........................


Sabtu, 21 Mac 2009

Omar....7 hari





Omar, pada hari ke 7.......tak ada kerja lain.....nyusu....tido....pahtu nyusu lg.....and tido......alhamdulillah he is a good boy......tak meragam.....tak nangis and the most important thing is tak stay up...............


Omar di Hospital Putrajaya Jam 11.27 am 24 Feb 2009 Selasa



My first grandchild....to the world. Welcome Omar Sharifudin, name given by his grandpa(my husband of course!). Oh...my god! he was 3.9 kg thank god...he was delivered on the 24th Feb 2009.

Isnin, 2 Jun 2008

IBU

Ibu.....
Gigih berusaha
Sabar mendidik
Tabah hadapi cabaran
Tabah hadapi dugaan

Ibu...
Enam puluh lima tahun usiamu
Tetap tabah
Tetap sabar

Tujuh putera puteri
menyinari hidupmu
lindungi hari tua mu
ceriakan hati mu

Kini...
hidupmu tenang
hidupmu bahagia
hidupmu ceria
moga...
kekal hingga akhir hayat....
Insya Allah.....
Doaku, doa kami, putera-puterimu....

KAU DIHATIKU

Kau dihatiku
sentiasa disampingku
sentiasa membantuku
sentiasa bersamaku

PUTERA PUTERIKU

Puteri-puteriku
ibarat tangan-tanganku
yang memahami
yang banyak membantu

Puteri-puteriku
sentiasa berkorban
sentiasa dibelakangku
sentiasa menyokongku
mengapai cita-cita

Puteraku
yang seorang
amat memahami
yang banyak membantu
mengapai cita-citaku

PULAU SIPADAN

Laut biru
nyaman biru
tenang nyaman
sejuk mendayu

Laut biru
indahnya anugerah ilahi

Laut biru
putih pasir melaut
indahnya anugerahmu

Laut biru
Pulau Sipadan

KAU DIHATIKU

Kau dihatiku
setia disampingku
tidak jemu melayan kerenahku
setia disisiku

Kau dihatiku
ringan membantuku
ibarat tangan kananku
setia disisiku

Kau dihatiku
teman senangku
teman susahku
setia disisiku

Sabtu, 17 Mei 2008

PASRAH


Mata yang terbuka hanya terbutang
Mulut dan bibir terkunci sudah
Telinga terbuka lebar
Tapi tak mendengar apaapa

Langit kelabu
Sungai berkeladak mengalir lesu
Parit dan paya sudah kering
Bukit dan gunung menjadi rata
Hutan terang benderang
Penghuni rimba berkelana mencari kehidupan
Yang tak pasti dihari mendatang


Pasrah
Hanya itu kata yang sesuai
Ke atas kemusnahan yang dilakukan tangan manusia.

JANTUNG HATIKU

Setia disisi....
kala sakit
kala duka
tika suka
tika ceria

Setia disisi....
ringan tangan menghulur
ringan tulang membantu

Tanpa mu...
Jantung hatiku
sepi melanda
susah derita
payah mencengkam
dalam meniti
ruang kehidupan
kaulah segalanya....
Jantung hatiku.